Sabtu, 26 Mac 2011

Pasang Simen Lantai

Hari ini Sabtu 26-03-2011. Ah Chai sudah beritahu akan memasang simen lantai hari ini. Kebetulan aku pula ada janji kelas tambahan dengan murid 2B.

Jam 8.15 aku ke pasar membeli ayam dan beberapa bahan yang dipesan. Kemudian ke kedai roti canai di simpang Kepala Kota. Selepas itu aku terus ke sekolah untuk kelas tambahan. Ramai yang datang. Tapi ada juga yang tidak ikut arahan, Aku hambat pulang saja suruh tukar uniform sekolah.

Semasa kelas bermula lebih kurang setengah jam, hujan turun dengan lebatnya. 10 minit kemudian renyai-renyai. Aku teruskan kelas. Kadang-kadang hujan lebat dan renyai silih berganti.

Jam 11.30 aku tamatkan kelas. Aku pergi tengok rumah aku.

Sesampainya, aku terlihat sebuah kren tinggi sedang mengangkut simen. Di tengah-tengah jalan hadapan rumah aku pula sebuah lori simen. Aku rasa tentu kerja-kerja memasang simen sedang berjalan, walaupun tadi aku perasan dua tiga kali hujan lebat silih berganti.

Sekarang pun hujan masih turun, tetapi renyai-renyai saja. Aku pergi dekat untuk melihat kerja-kerja memasang simen. Salam dengan Mahibul ada di atas sana memunggah simen yang diangkut ke atas. Ali tunggu di bawah dekat dengan lori simen. Ah Chai ada di sana. Aku dekati Ah Chai dan berbual-bual pasal kerja pasang simen itu.

Kata Ah Chai, 3 lori diperlukan untuk menyudahkan kerja simen lantai itu. Ini lori yang kedua. Lebih kurang 20 minit, lori kedua itu sudah selesai menuangkan simennya. Lori itu pun beredar.

Selang 20 mini sampai pula lori yang ketiga. Ketika baru saja nak mula tuangkan simen pertamanya, hujun turun mencurah-curah. Aku tanya Ah Chai "kalau hujan lebat macam ini, boleh tuang simen lantai jugak kah?" Ah Chai bagitau, kalau hujan lebat seharian tak boleh, kita tunggu sekejap.

Memang pun, hujan berenti seketika, tetapi renyai-renyai sahaja. Lori pun terus menuangkan simen dan dibantu oleh Ali. Dan kerja pasang simen itu diteruskan lagi.

Setengah jam lepas itu, kerja tuang simen dari lori ke-3 selesai. Salam dengan Mahibul bagi tau, semuanya sudah cukup dan beres. Mereka nampak meratakan beberapa bahagian yang belum rata. Aku lihat dari bawah saja.

Lori yang ke-3 pun berlalu selepas mencuci simen-simen yang terlekat.

Hujan makin reda. Aku pun pergi belek-belek dari jauh sahaja. Takut terkena kotoran simen yang banyak bergenang dibahagian luar rumah.

Kerja pasang simen lantai berakhir jam 2.00 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan