Ahad, 3 April 2011

Blok konkrit ringan

 
Blok konkrit ringan adalah salah satu bahan binaan yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada batu bata bagi membina dinding bangunan atau tembok.

Blok konkrit ringan juga dikenali Lightweight Blockwall, ianya dibuat daripada simen, pasir dan kemudiannya dicampurkan dengan agen pembuih (frothing agent). Ini membuatkan blok konkrit ringan ini mengandungi gelembung-gelembung udara yang halus apabila ia mengeras.

Salah satu ciri utama blok konkrit ringan ini adalah mempunyai ketumpatan yang rendah dan lebih ringan daripada blok konkrit biasa (lebih kurang 1/5 berat konkrit biasa). Ciri-ciri ini membolehkan blok konkrit ini mudah dipotong, didrill dan dibentuk, ianya juga mempunyai ciri-ciri penebat haba dan bunyi yang baik.

Blok konkrit ringan yang diproses di kilang SIZ mempunyai ukuran seperti berikut:
  • Panjang / Length : 500mm (20'')
  • Tinggi / Height : 200mm (8'')
  • Tebal / Thickness : 100mm (4'')
Seperti juga batu-bata, bahagian-bahagian sisi blok juga dirujuk dengan nama yang sama seperti bahagian Muka / Stretcher dan bahagian Kepala / Header.

Pelanggan yang berminat untuk menggunakan atau mendapatkan blok konkirt ringan ini perlulah:
  1. Menyediakan forklif atau kren di tapak bina atau kilang untuk menurunkan palet-palet blok konkrit ringan dari lori.
  2. Mempunyai tenaga pekerja mahir untuk mengendalikan blok konkrit ringan.

Bagi perkara (2), pihak SIZ ada menyediakan kursus pemasangan blok konkrit ringan yang dijalankan dua kali dalam sebulan di Dungun, Terengganu. Sila klik disini untuk melihat Kursus IBS yang dijalankan oleh SIZ.

Cara pengandalian blok yang salah akan mengakibatkan kerosakkan kepada blok dan kerugian kepada pelanggan. Pihak SIZ tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakkan semasa pengendalian dan penggunaan blok oleh pelanggan.

3 ulasan:

  1. boleh tahu alamat kilang SIZ?

    BalasPadam
  2. Salam. Minta guna gambar ya. Kalau x izin, boleh beritahu saya di waqafdigital@gmail.com

    BalasPadam