Khamis, 17 Mac 2011

Pasang Pancang Plywood

Khamis 17-03-2011 pagi aku pergi tengok apa yang sudah dibuat bangla 3 orang tu. 1 bangla ada di bawah Abdulhaq tengah dok kumpulkan kayu-kayu siling yang berselerak dan di angkut ke seberang jalan. Salam dengan Mahibul buat kerja pasang pancang dan perabung. Kemudian depa pasang plywood untuk dibuat lantai.

Aku tengok yang siap baru satu, di bilik tengah.

Hari ini projek aku nak bukak tombol kunci dari 4 bilik yang ada. Bilik depan sudah selesai. Bila aku start bukak tombol bilik master. Ah Chai sampai dengan van dan bawa stager. Bangla-bangla ini pun cepat-cepat pergi turunkan stager dari van.

Aku sempat sembang dengan Ah Chai. Tanya dia apa bahagian yang dia nak buat dulu. Dia bagitau, semua lantai akan dibuat serentak.

Aku tanya bahagian belakang. Dia kata yang itu akan dibuat beam dulu. Kemudian baru buat pancang lantai. Jadi bila semua dah ready, baru dia order simen bancuh dan buat lantai.

Kemudian dia tengok lubang-lubang yang akan dibuat footer. Dia bagi tau, footer lama yang dibuat oleh Pak Mat Kawah itu pun dah cukup kuat walaupun tak dibubuh kayu bakau.

Tapi aku bagitau Ah Chai, aku mau rumah yang selamat. Ah Chai kata, dia akan buat footer baru untuk tiang yang besar. Jadi tak ada masalah lagi.

Kemudian sembang pula pasai porch. Ah Chai bagi pendapat, dia akan tinggikan sikit porch itu. Kalau aku nak jimat, aku boleh guna semua atap-atap genting itu untuk porch.

Aku tanya dia kalau guna besi macam mana pulak? Dia kata kena buat siku jadi, siling akan rendah. Susahlah anak-anak aku nak main badminton.

Jadi aku minta Ah Chai buat porch tinggi guna bumbung zinc baru. Kena tambah duit lagilah. Ah Chai bagi tau, ada orang nak borong aku punya kayu dengan atap genting. Bagus jugaklah. Boleh cover duit siling baru.

Selepas Ah Chai pergi, aku try bukak tombol bilik master. Ok Siap. Nak bukak tombol bilik tengah tak  boleh sebab pintu dah tersekat dengan pancang plywood yang bangla tadi buat.

Aku terus ke bilik belakang dan bukak tombol kuncinya. Kemudian aku balik rumah sewa. Masa itu sudah jam 12.30 tengahari.

Bini dah balik dari sekolah bersama anak aku yang ada kelas tambahan. Dia kata siaplah untuk ke Pokok Sena kerana nak konvoi rombongan meminang untuk anak saudara aku Hadi.

Jam 2.30 bertolak ke Pokok Sena. Jam 3.30 baru start ke Bukit Payung untuk meminang.

Selesai semua, aku sampai Langgar hampir jam 7.00 pm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan