Jumaat, 11 Mac 2011

Angkat barang lagi

Pagi Jumaat ini (11-03-2011) aku luangkan masa untuk melihat-lihat rumah dan barang-barang yang masih boleh diangkut keluar. Aku ajak anak2 dan isteriku sekali.

Kebetulan pula Nabil sampai tengah malam tadi. Dia balik untuk meraikan sahabat UIAMnya yang akan melangsungkan perkahwinan di Sungai Petani.

Jadi sebelum Nabil berangkat ke SP aku ada 2 pembantu lelaki untuk membantu kerja-kerja memunggah kabinet dinding di dapur.

Anak-anak aku kerahkan mereka punggah kabinet itu sambil dimonitorkan oleh aku. Tak juga jadinya, aku terpaksa ambil alih dan mereka membantuku pulak.

Isteri pula pergi menjenguk di bilik belakang untuk melihat apa lagi saki-baki yang patut diambil dan yang patut di buang. Bilik ini sudah jadi sarang anai-anai. 2 almari dan 1 meja sudah dikuasai oleh mereka. Banyak juga kain baju dan buku-buku yang rosak. Aku suruh anak2 aku buang saja di seberang jalan, mungkin akan dibakar nanti.

Bila dah selesai punggah kabinet, kami angkut keluar dan bawa ke rumah sewa, supaya kabinet-kabinet ini tidak rosak jika terkena air hujan.

Hampir jam 12.30 tengahari, kerja diberhentikan untuk solat Jumaat.

Lepas Jumaat, aku anak-beranak sekali lagi menyambung kerja-kerja yang belum beres tadi. Nabil pula asyik menerima SMS kawan2nya yang akan ke SP petang nanti.

"Bil, sebelum yang pi SP, hang tulong abah dululah. Bila kawan hang mai, hang pi lah, abah dgn Naufal akan bereskan nanti.

Hampir jam 5.20, kami berhentikan kerja mengasingkan barang-barang yang masih tertinggal itu.

Malamnya selepas isyak, aku dengan Naufal pergi angkat beberapa barang-barang besar, semuanya kabinet dinding. Dengan proton saga aku angkut semuanya, 5 trip baru selesai. Semuanya letak diluar dulu. Badan dah letih. Esok pulak lah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan